SYKT FAJAR
home profil senarai hubungi kami

Mereka menanti cinta sejati, tanpa sedar cinta itu ada di depan mata. Biar bibir menafikannya, ....

Yang Tak Terluah (Kaki)


ISBN No :  9789675067228
Kod Kategori :  FJR
Harga :  RM 17.00
Ringkasan :  Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat terteduh, dia dan ibunya Munah. Menerima, bererti seumur hidupnya terpaksa menjaga suami yang tidak lagi sempurna. Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yang diberi, menjadi isteri kepada Mahdi yang kudung tangan, kudung kaki. Menjaga Mahdi bagaikan menjaga seorang bayi. Sifat yang diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi. Dia belajar mengasihi suami. Tetapi tak lama… takdir telah membawa ibunya dan Mahdi pergi dalam satu tragedi yang menyayat hati. Hidupnya terumbang-ambing kembali. Normah, mertuanya menyalahkan dirinya atas kematian Mahdi. Manisah dihalau bagaikan anjing kurap menunggu mati. Dia pergi. Langkahnya jauh, membawa diri. Mencari ahli keluarga yasng masih ada. Setelah ditemui lain pula yang terjadi. Sejarah ibunya berulang kembali Pertemuannya dengan CIKGU SENAH, PAK CIK AZIZUL, ANANG JOHAN, JIMI JOHAN dan PEGUAM HAMDAN, menjadikan sejarah hitam ibunya berulang kembali. Ikuti kisah manisah yang terbuang di sebuah kampung – Kampung Setia tempat kelahiran dia dan ibunya…
Kuantiti Pesanan :  



 
   

Cintailah Bahasa Kita