Akhirnya Kutemui (Kaki)
| ISBN No : |
9789675067280 |
 |
| Kod Kategori : |
FJR |
| Harga : |
RM 15.00 |
| Ringkasan : |
Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaa yang diimpikan, hatinya pasti dilukai? Adakah kerana-Nya begitu atau ianya cuma ujian dari Yang Kuasa terhadap dirinya yang serba kekurangan? Kegigihannya selama ini, memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi di dalam kerjaya. Daripada seorang yang tak punya apa, kepada seorang yang begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan tuahnya di situ. Namun, mengapa dia sering gagal di dalam soal hati. Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yang tak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminatinya, lain pula yang terjadi. Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis di dalam kehidupannya. Lalu membawa hati jauh dari bumi tanah tepat tumpah darahnya. Namun janji Tuhan tak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara pasti ada hikmah di sebaliknya. Tentunya ada sesuatu yang membahagiakan di penghujungnya. Akhirnya hadir seorang insan yang menjadi kekasih walaupun hakikatnya ada insan lain yang lebih menarik pandangan. Namun tidak semudah itu dikecapi dengan kehadiranya Tina - anak majikannya begitu mengharap, Shieda – gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza – teman seperjuangan yang tulus ikhlas mengabdikan diri untuknya. Namun bahagia tak kunjung tiba. Derita jua yang sering bertamu. Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan di manakah akan detemui Insan itu? |
|
 |